Sunday, 29 January 2012

LePat piSang BerJagung

Bahan
  • 750 gm pisang  emas yang masak - dibuang kulit
  • 180 gm tepung gandum
  • 50gm gula perang
  • 100 gm isi jagung
  • 100 gm kelapa parut yang putih saja
  • daun pisang secukupnya
  • 1/2 sudu teh garam
Cara peNyediaan ....
  1. Masukan pisang ke dalam mangkuk .Kemudian dilecek hingga hancur .
  2. Isi jagung dikukus selama 5 minit & diketepikan .
  3. Masukan gula perang & garam kedalam pisang, kacau hingga sebati .
  4. Masukan pula tepung gandum & digaul hingga sebati .
  5. Akhir sekali masukan jagung yang telah dikukus & kelapa parut . Digaul hingga Sebati .
  6. sediakan daun pisang yang telah dilayur di atas api & potong daun pisang mengikut kreativiti sendiri asalkan dapat membalut adunan tadi .
  7. Sudukan adunan & ratakan diatas daun pisang , bungkus dengan kemas .
  8. Susun kedalam loyang & kukus selama 15-20 minit hingga masak